Selasa, 15 Januari 2008

GARIS PANDUAN PERPUSTAKAAN SEKOLAH IFLA/UNESCO

GARIS PANDUAN
PERPUSTAKAAN
SEKOLAH
IFLA/UNESCO
DITERJEMAHKAN OLEH:
Zohra Ibrahim & Saidatul Akmar Ismail
Fakulti Pengajian Maklumat
Universiti Teknologi MARA
MALAYSIA
****
School Libraries and Resource Centers Section: http://www.ifla.org/VII/s11/index.htm
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 2
KANDUNGAN
KANDUNGAN .........................................................................................................................2
PENGENALAN.......................................................................................................................4
BAB 1 – MISI DAN POLISI ...................................................................................................6
1.1 Misi...........................................................................................................................6
1.2 Polisi ..........................................................................................................................6
1.3 Pemantauan dan penilaian..........................................................................................7
BAB 2 – SUMBER .................................................................................................................10
2.1 Kewangan dan belanjawan untuk perpustakaan sekolah .........................................10
2.2 Lokasi dan Ruang ....................................................................................................11
2.3 Perabut dan Peralatan...............................................................................................13
2.4 Peralatan Eletronik dan Alat Pandang Dengar.........................................................14
2.5 Sumber .....................................................................................................................14
2.6 Polisi Pengurusan Koleksi .......................................................................................14
2.7 Koleksi Bahan..........................................................................................................15
2.8 Sumber Elektronik ...................................................................................................15
BAB 3 – KAKITANGAN ......................................................................................................17
3.1 Kakitangan Perpustakaan.........................................................................................17
3.2 Peranan Pustakawan Sekolah...................................................................................17
3.3 Peranan Pembantu Perpustakaan .............................................................................18
3.4 Kerjasama di antara Guru dan Pustakawan Sekolah................................................18
3.5 Kemahiran Kakitangan Perpustakaan......................................................................19
3.6 Tugas Pustakawan Sekolah......................................................................................20
3.7 Piawaian Etika .........................................................................................................20
BAB 4 – PROGRAM DAN AKTIVITI................................................................................22
4.1 Program....................................................................................................................22
4.2 Kerjasama dan Perkongsian Sumber dengan Perpustakaan Awam.........................23
4.3 Aktiviti diperingkat Sekolah ....................................................................................23
Pengetua dan Perpustakaan Sekolah........................................................................24
Ketua Jabatan dan Perpustakaan Sekolah................................................................24
Guru dan Perpustakaan ............................................................................................25
Pelajar dan Perpustakaan .........................................................................................26
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 3
Penggunaan Internet ................................................................................................26
Fungsi Pembudayaan Perpustakaan Sekolah...........................................................27
Kerjasama dengan Ibu Bapa ....................................................................................28
BAB 5 – PROMOSI PERPUSTAKAAN DAN PEMBELAJARAN .................................29
5.1 Promosi ....................................................................................................................29
5.2 Polisi Pemasaran ......................................................................................................29
5.3 Pendidikan Pengguna...............................................................................................30
5.4 Model Kemahiran Belajar dan Program Literasi Maklumat....................................31
RUJUKAN.............................................................................................................................37
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 4
PENGENALAN
Manifesto Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO: Perpustakaan sekolah dalam pengajaranpembelajaran
untuk semua telah diterbitkan pada tahun 2000. Penerbitan ini telah mendapat
sambutan yang baik di merata dunia dan telah diterjemahkan kepada beberapa bahasa.
Penterjemahan baru masih terus dilakukan dan pustakawan di seluruh dunia menggunakan
manifesto ini untuk meningkatkan kedudukan taraf perpustakaan sekolah di sekolah, daerah
dan negara sendiri.
Kenyataan manifesto adalah:
Kerajaan, melalui kementerian yang bertanggungjawab terhadap pendidikan adalah
digesa untuk merancang strategi, polisi dan perancangan yang menggunakan prinsip
manifesto ini.
Garis panduan baru ini telah diterbitkan untuk makluman pembuat dasar di peringkat
kebangsaan dan tempatan di seluruh dunia, juga sebagai galakan serta bimbingan kepada
masyarakat perpustakaan. Garis panduan ini telah ditulis untuk membantu sekolah
melaksanakan prinsip yang dinyatakan dalam manifesto.
Deraf manifesto ini telah melibatkan individu dari beberapa negara yang mempunyai latar
belakang tempatan yang berbeza, dengan tujuan untuk memenuhi keperluan berbagai jenis
sekolah. Garis panduan ini perlu dibaca dan digunakan dalam konteks tempatan.
Bengkel telah diadakan semasa konferensi IFLA; mesyuarat dan perbincangan telah diadakan
di antara pakar secara bersemuka dan penggunaan email. Garis panduan ini adalah hasil
daripada beberapa perbahasan, rundingan dan perbincangan di mana penyunting berasa
terhutang budi dan berterima kasih kepada mereka yang terlibat. Mereka juga memberi
penghargaan kepada ahli Jawatankuasa Perpustakaan Sekolah dan Pusat Sumber dan juga
garis panduan daripada beberapa negara yang telah memaklumkan mengenai garis panduan
IFLA/UNESCO terutamanya Garis Panduan Perpustakaan Awam yang diterbitkan oleh IFLA
pada tahun 2001.
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 5
Pada tahun 2002, bahagian ini juga telah menerbitkan Perpustakaan Sekolah Hari ini dan
Esok. Kami berharap manifesto, visi dan garis panduan ini akan menjadi asas untuk
kecemerlangan perpustakaan sekolah di merata tempat.
Tove Pemner Saetre
Dengan Glenys Willars
2002
.
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 6
BAB 1 – MISI DAN POLISI
“Perpustakaan sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran untuk semua”
1.1 Misi
Perpustakaan Sekolah menyediakan maklumat dan idea asas yang penting untuk kita
berfungsi secara berkesan dalam masyarakat maju yang berasaskan maklumat dan
pengetahuan. Perpustakaan sekolah melengkapkan pelajar dengan kemahiran
pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan imaginasi untuk hidup sebagai
rakyat yang bertanggung jawab.
1.2 Polisi
Perpustakaan sekolah perlu diurus berasaskan rangka kerja polisi yang jelas dan
berstruktur. Polisi perpustakaan perlu digubal dengan mengambil kira polisi yang
lebih meluas dan keperluan sekolah serta perlu melambangkan etos, tujuan dan
objektif serta kenyataannya.
Polisi akan mengambarkan secara spesifik bila, di mana, untuk siapa dan oleh siapa
potensi keseluruhan perpustakaan menjadi kenyataan. Polisi perpustakaan sekolah
dapat dilaksanakan jika seluruh masyarakat sekolah menyokong dan menyumbang
kepada tujuan dan objektif yang dinyatakan dalam polisi. Oleh itu polisi perlu
digubal dengan penglibatan dan perundingan sebanyak mungkin dari masyarakat
sekolah, dan digunakan bersama secara meluas apabila diterbitkan. Melalui cara ini,
falsafah, idea, konsep dan tujuan perlaksanaan dan perkembangan menjadi jelas dan
difahami secara menyeluruh dan diperakui serta boleh digunakan secara berkesan dan
penuh minat.
Polisi mestilah menyeluruh dan boleh dilaksanakan. Ia tidak boleh digubal oleh
pustakawan sekolah secara berseorangan, tetapi perlu bekerjasama dengan guru serta
pengurusan atasan. Deraf garis panduan perlu dibincang secara meluas dan dibantu
dengan perbincangan yang menyeluruh dan terbuka. Dokumen tersebut serta
perancangan lanjutan akan menentukan secara spesifik peranan perpustakaan dan
kaitannya kepada aspek-aspek berikut:
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 7
• kurikulum sekolah
• kaedah pembelajaran di sekolah
• menepati piawaian dan kriteria tempatan dan nasional
• keperluan pembelajaran dan perkembangan pelajar
• keperluan tenaga pengajar
• peningkatan tahap pencapaian
Komponen yang menyumbang kepada perpustakaan sekolah yang diurus secara
berkesan dan berjaya adalah seperti berikut:
• kewangan dan belanjawan
• penempatan
• sumber
• organisasi
• kakitangan
• penggunaan perpustakaan
• promosi
Semua komponen ini perlu untuk rangka kerja polisi yang realistik serta rancangan
tindakan. Elemen-elemen tersebut akan dipertimbangkan dalam keseluruhan dokumen
ini. Pelan tindakan perlu merangkumi strategi, tugas, sasaran, pemantauan dan
penilaian secara rutin. Dokumen mengenai polisi dan rancangan adalah aktif dan
sentiasa dinilai dan dikaji semula.
1.3 Pemantauan dan penilaian
Untuk mencapai tujuan perpustakaan sekolah, pengurusan mestilah sentiasa
memantau prestasi perkhidmatan untuk menentukan strategi bagi mencapai objektif
yang ditentukan. Kajian perangkaan mesti dilakukan dari masa ke semasa untuk
mengenal pasti aliran. Manakala penilaian tahunan perlu merangkumi semua bidang
utama yang terdapat dalam rancangan bagi memastikan perkara-perkara ini:
• Adakah kenyataan objektif perpustakaan, kurikulum dan sekolah tercapai?
• Adakah perpustakaan sekolah memenuhi keperluan masyarakat sekolah?
• Adakah perpustakaan sekolah mampu memenuhi keperluan masyarakat yang
sentiasa berubah?
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 8
• Adakah perpustakaan sekolah mempunyai sumber yang mencukupi?
• Adakah perpustakaan berkesan secara kos?
Berikut merupakan petunjuk prestasi, alat utama yang berguna untuk memantau dan
menilai pencapaian tujuan perpustakaan.
Petunjuk penggunaan:
• Pinjaman oleh setiap ahli masyarakat sekolah (khusus kepada seorang pelajar
dan pengajar)
• Jumlah lawatan ke perpustakaan sekolah oleh seorang anggota masyarakat
sekolah (seorang pelajar dan guru secara spesifik)
• Pinjaman setiap bahan (contoh: pertukaran bahan)
• Pinjaman setiap waktu pembukaan (semasa dan selepas waktu sekolah)
• Pertanyaan rujukan oleh seorang anggota masyarakat sekolah (setiap pelajar
dan tenaga pengajar)
• Penggunaan komputer dan sumber maklumat atas talian.
Petunjuk sumber:
• Jumlah stok buku untuk setiap ahli masyarakat sekolah
• Peruntukkan terminal/komputer persendirian untuk setiap ahli masyarakat
sekolah
• Peruntukkan akses kepada bahan secara atas talian untuk setiap ahli
masyarakat sekolah.
Petunjuk sumber manusia:
• Nisbah kakitangan sepenuh masa dengan masyarakat sekolah
• Nisbah kakitangan sepenuh masa dengan penggunaan perpustakaan
Petunjuk kualitatif:
• Kajian tinjauan kepuasan pengguna
• Kumpulan sasaran
• Aktiviti perundingan
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 9
Petunjuk kos:
• Kos seunit untuk melaksanakan fungsi, perkhidmatan dan aktiviti
• Kos kakitangan untuk melaksanakan setiap fungsi (contoh: pinjaman buku)
• Jumlah kos perpustakaan untuk setiap ahli masyarakat sekolah
• Peratusan jumlah kos perpustakaan dari keseluruhan belanjawan sekolah
• Peratusan kos media dari keseluruhan jumlah kos perpustakaan
Petunjuk perbandingan:
Data perangkaan perkhidmatan perpustakaan dan perkhidmatan yang berkaitan perlu
dibandingkan diantara sekolah sekolah yang mempunyai saiz dan ciri-ciri yang sama.
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 10
BAB 2 – SUMBER
“Perpustakaan sekolah mesti mempunyai kewangan yang mencukupi bagi menampung
perbelanjaan kakitangan terlatih, bahan, teknologi dan kemudahan. Penggunaan
perpustakaan sekolah mestilah secara percuma”.
2.1 Kewangan dan belanjawan untuk perpustakaan sekolah
Bagi memastikan perpustakaan menerima peruntukkan kewangan yang adil daripada
kewangan sekolah, perkara-perkara berikut adalah penting:
• Memahami proses belanjawan sekolah
• Prihatin mengenai jadual pusingan belanjawan
• Mengenal pasti siapa kakitangan utama
• Menentu dan mengenal pasti keperluan perpustakaan.
Rancangan belanjawan perlu merangkumi komponen-komponen berikut:
• Jumlah kewangan tertentu untuk sumber baru (contoh: buku, majalah dan
bahan bukan bercetak); sejumlah kewangan untuk bahan promosi (contoh:
poster)
• Jumlah kewangan tertentu untuk alat tulis dan bahan pentadbiran
• Jumlah kewangan tertentu untuk acara promosi
• Kos untuk kegunaan peralatan ICT, perisian dan kos pelesenan, jika
peruntukan tersebut tidak termasuk dalam belanjawan keseluruhan ICT
sekolah.
Secara am, belanjawan untuk bahan perpustakaan, bagi setiap pelajar adalah 5%
daripada keseluruhan belanjawan sekolah. Ini tidak termasuk gaji, perbelanjaan untuk
pendidikan khas, kenderaan dan modal untuk baik pulih.
Kos kakitangan boleh dimasukkan dalam kewangan perpustakaan tetapi bagi setengah
sekolah, ia adalah lebih sesuai untuk dimasukkan dalam belanjawan am kakitangan.
Bagaimanapun, adalah mustahak untuk ditegaskan bahawa dalam menentukan
anggaran kos kakitangan untuk perpustakaan ia mesti melibatkan guru perpustakaan.
Jumlah kewangan yang diperuntukkan bagi kakitangan adalah berkait rapat dengan
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 11
isu penting seperti jumlah jam perpustakaan dibuka, tahap dan jenis perkhidmatan
berbagai yang mampu ditawarkan. Projek khusus dan pembangunan lain seperti rak
baru memerlukan peruntukkan kewangan yang lain.
Perbelanjaan tahunan mesti dirancang secara teliti dan berkait rapat dengan polisi
rangka kerja. Laporan tahunan mestilah mengambarkan penggunaan kewangan
perpustakaan dan menjelaskan kecukupan perbelanjaan untuk menampung kerja dan
pencapaian sasaran polisi.
Pustakawan sekolah mesti jelas akan kepentingan kewangan yang mencukupi untuk
perpustakaan dan perlu memaklumkannya kepada pengurusan atasan kerana
perpustakaan menawarkan perkhidmatan untuk keseluruhan masyarakat sekolah.
Adalah wajar kewangan ditambah berdasarkan perkara berikut:
• Saiz kakitangan dan koleksi perpustakaan adalah petunjuk terbaik kepada
pencapaian akademik sekolah.
• Pelajar yang mencapai keputusan peperiksaan yang baik dalam
peperiksaan umum datang dari sekolah yang perpustakaannya mempunyai
kakitangan, buku, majalah dan media yang banyak tanpa mengambil kira
faktor lain seperti ekonomi.
2.2 Lokasi dan Ruang
Peranan penting perpustakaan adalah pendidikan dan ia perlu digambarkan melalui
kemudahan, perabut dan peralatan. Apabila hendak merancang bangunan sekolah
yang baru dan mengubah suaian bangunan yang sedia ada, aspek fungsi dan kegunaan
perpustakaan perlu diberi perhatian.
Tiada satu ukuran umum yang boleh digunakan untuk kemudahan perpustakaan
sekolah tetapi adalah berfaedah dan membantu jika satu formula tertentu digunakan
sebagai asas untuk merancang anggaran perpustakaan baru atau perpustakaan yang
hendak diubah suai bagi memastikan ia memenuhi keperluan sekolah dengan
berkesan. Perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan dan diambil kira semasa
proses perancangan
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 12
• Perpustakaan sekolah mestilah terletak di pusat kawasan sekolah dan di
tingkat bawah bangunan sekolah.
• Perpustakaan sekolah mestilah senang dikunjungi dan dekat dengan semua
ruang pengajaran pembelajaran.
• Mengambil kira faktor kebisingan, bahagian tertentu perpustakaan
mestilah bebas daripada kebisingan luar
• Perpustakaan sekolah mestilah mempunyai cahaya tingkap dan lampu
yang mencukupi
• suhu bilik yang bersesuaian (contah:penghawa dingin) untuk suasana
kerja selesa untuk keseluruhan tahun dan juga untuk pemuliharaan
koleksi.
• Rekabentuk perpustakaan sekolah boleh menampung keperluan dan
kegunaan golongan istimewa.
• Saiz perpustakaan sekolah mesti sesuai untuk menampung koleksi buku
fiksyen dan bukan fiksyen, buku kulit tebal dan kulit nipis, surat khabar,
majalah, sumber bukan bercetak dan storan, ruang belajar, ruang bacaan,
komputer, ruang pameran, ruang kerja dan meja perpustakaan.
• Perpustakaan sekolah boleh diubahsuai untuk menampung aktiviti yang
pelbagai serta perubahan kurikulum dan teknologi.
Senarai berikut adalah ruang yang perlu diambil kira apabila merancang perpustakaan
baru:
• Ruang mentelaah dan penyelidikan, serta ruang untuk meja rujukan,
katalog, komputer atas talian, meja belajar dan penyelidikan, bahan
rujukan dan koleksi asas.
• Kawasan bacaan ringan untuk buku dan majalah yang menggalakkan
literasi, pembelajaran sepanjang hayat dan pembacaan untuk riadah.
• Ruang pengajaran yang dipenuhi dengan kerusi untuk kegunaan kumpulan
kecil dan besar serta boleh menampung pelajar dari satu kelas. Juga perlu
ada “dinding pengajaran” yang dilengkapi dengan alat teknologi
pengajaran yang sesuai serta ruang pameran.
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 13
• Kawasan penghasilan bahan untuk kumpulan menjalankan kerja-kerja
tertentu, mengadakan mesyuarat dan perjumpaan untuk individu,
kumpulan, kelas dan kemudahan penghasilan bahan media.
• Kawasan pentadbiran perlu ada ruang untuk meja sirkulasi, ruang pejabat,
ruang untuk memproses bahan perpustakaan, penyimpanan alat pandang
dengar dan ruang simpanan bahan dan bekalan.
2.3 Perabut dan Peralatan
Rekabentuk perpustakaan memainkan peranan penting untuk perkhidmatan
perpustakaan yang berkesan disekolah.
Keindahan perpustakaan dapat melahirkan perasaan keinginan masyarakat sekolah
untuk meluangkan masa di perpustakaan.
Sebuah perpustakaan yang dianggap lengkap perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
• Keselamatan
• Cahaya yang mencukupi
• Direkabentuk untuk menempatkan perabut kukuh, tahan lasak dan
berfungsi serta memenuhi keperluan aktiviti dan pengguna perpustakaan
• Direkabentuk untuk memenuhi keperluan tertentu populasi sekolah tanpa
halangan
• Direkabentuk untuk menampung perubahan program perpustakaan,
program pengajaran sekolah dan juga kemudahan alat pandang dengar dan
teknologi data
• Direkabentuk untuk kegunaan, penjagaan dan keselamatan perabut, alat
dan bahan dengan baik
• Disusun dan diurus untuk membolehkan bahan diakses secara tertentu dan
mudah apabila diperlukan
• Disusun dengan cantik dan diurus untuk menarik perhatian pengguna,
sesuai untuk riadah dan pembelajaran. Juga dilengkapi dengan papan
tanda yang jelas, menarik untuk membimbing pengguna
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 14
2.4 Peralatan Eletronik dan Alat Pandang Dengar
Perpustakaan sekolah adalah sebagai saluran kepada masyarakat kini, iaitu
masyarakat yang berasaskan maklumat. Untuk tujuan ini perpustakaan sekolah mesti
menyediakan kemudahan mengakses semua peralatan eletronik, komputer dan alat
pandang dengar.
Peralatan tersebut adalah seperti:
• Komputer dan kemudahan mengakses internet
• Katalog umum untuk pengguna pelbagai umur dan tahap.
• Perakam bunyi
• Alat pemain CD ROM
• Alat imbasan
• Alat Pemain video
• Peralatan komputer khas untuk pengguna istimewa yang kurang penglihatan
dan cacat anggota.
Perabut komputer untuk kanak-kanak perlu direka sesuai untuk kegunaan mereka dan
senang diubah suai mengikut saiz yang berbeza.
2.5 Sumber
Adalah penting perpustakaan sekolah menyediakan sumber yang pelbagai dan
berkualiti tinggi. Untuk tujuan ini polisi pengurusan koleksi adalah penting. Polisi
akan mendefinisikan tujuan, ruang lingkup dan kandungan koleksi serta akses kepada
sumber luaran.
2.6 Polisi Pengurusan Koleksi
Perpustakaan sekolah perlu menyediakan pelbagai sumber bertujuan untuk memenuhi
keperluan pengguna yang berkaitan dengan pendidikan, maklumat dan perkembangan
diri Adalah penting pembangunan koleksi diperkembangkan secara berterusan untuk
memastikan pengguna sentiasa mempunyai pilihan bahan yang terkini.
Kakitangan perpustakaan sekolah perlu bekerjasama dengan pentadbir dan guru untuk
membangunkan polisi pengurusan koleksi yang umum. Kenyataan polisi mestilah
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 15
berdasarkan kurikulum, minat dan keperluan tertentu masyarakat pelbagai didalam
dan luar sekolah.. Elemen berikut perlu dimasukkan dalam kenyataan polisi:
• Manifesto Perpustakaan sekolah IFLA/UNESCO - misi
• Kenyataan kebebasan intelek
• Kebebasan maklumat
• Tujuan polisi pengurusan koleksi dan kaitannya dengan sekolah dan
kurikulum
• Objektif jangka pendek dan panjang
2.7 Koleksi Bahan
Peruntukkan koleksi buku yang munasabah adalah 10 buah buku bagi setiap pelajar.
Bagi sekolah yang kecil mesti mempunyai sekurang-kurangnya 2500 bahan yang
sesuai dan terkini. Ini akan memastikan stok yang seimbang untuk pelajar dari semua
peringkat umur, kebolehan dan latarbelakang. Sekurang-kurangnya 60% daripada
stok bahan mesti merangkumi bahan bukan fiksyen yang berkaitan dengan kurikulum.
Perpustakaan sekolah juga mesti memperolehi bahan untuk tujuan riadah seperti novel
popular, muzik, mainan komputer, kaset video, video laser, majalah dan poster.
Bahan-bahan ini boleh dipilih dengan kerjasama pelajar untuk memastikan bahan
tersebut menepati cita rasa dan budaya, tanpa melanggar batasan piawaian dan etika.
2.8 Sumber Elektronik
Berbagai perkhidmatan yang ditawarkan mestilah merangkumi akses kepada bahan
elektronik untuk melambangkan kurikulum, minat dan budaya pengguna. Sumber
elektronik mestilah meliputi akses kepada internet, rujukan khusus kepada pengkalan
data tertentu dan teks keseluruhan, serta pakej perisian computer untuk pembelajaran.
Bahan bahan ini mungkin terdapat dalam bentuk CD-ROM dan DVD.
Adalah penting untuk memilih sistem pengkatalogan perpustakaan yang boleh
mengkatalog dan mengklasifikasi bahan dengan menggunakan piawaian bibliografik
kebangsaan atau antarabangsa. Ini akan memudahkan katalog perpustakaan sekolah
dalam sesuatu komuniti dirangkaikan kepada rangkaian yang lebih meluas. Di
kebanyakan tempat di merata dunia, perpustakaan sekolah di dalam masyarakat
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 16
setempat mendapat faedah kerana dirangkaikan bersama di dalam satu katalog induk.
Kerjasama tersebut boleh meningkatkan keberkesanaan dan kualiti pemerosesan buku
serta memudahkan gabungan sumber untuk kesan maksimum.
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 17
BAB 3 – KAKITANGAN
“Pustakawan sekolah adalah kakitangan profesional berkelayakan yang bertanggung
jawab untuk merancang dan mengurus perpustakaan sekolah. Beliau dibantu oleh
kakitangan lain yang berkebolehan dan bekerjasama dengan semua masyarakat sekolah
serta menjalinkan perhubungan dengan perpustakaan awam dan lain-lain”.
3.1 Kakitangan Perpustakaan
Kekayaan dan kualiti perkhidmatan perpustakaan berhubung rapat dengan sumber
kakitangan yang terdapat di dalam dan di luar perpustakaan sekolah. Oleh itu adalah
amat penting perpustakaan mempunyai kakitangan terlatih yang mempunyai motivasi
kerja yang tinggi. Saiz atau bilangan kakitangan mestilah mencukupi berdasarkan
saiz sekolah, keperluan tertentu serta perkhidmatan yang ditawarkan. Dalam konteks
ini, istilah kakitangan merujuk kepada pustakawan profesional dan pembantu
perpustakaan. Perpustakaan sekolah mungkin juga mempunyai kakitangan sokongan
seperti guru, juruteknik, ibu bapa dan sukarelawan. Pustakawan sekolah mesti dilatih
secara profesional dan berkelayakan serta mempunyai latihan tambahan mengenai
teori pendidikan dan kaedah pembelajaran.
Salah satu objektif utama pengurusan kakitangan di perpustakaan sekolah adalah
semua kakitangan mesti memahami dengan jelas polisi perkhidmatan, mempunyai
senarai tugas dan tanggung jawab yang jelas, serta mempunyai skima gaji yang
setanding untuk melambangkan keprofesionalan jawatan.
Bagi sukarelawan pula, mereka tidak boleh mengambil alih tugas kakitangan bergaji
tetapi boleh membantu berdasarkan kontrak yang menerangkan secara rasmi rangka
kerja dan penglibatan dalam aktiviti sekolah. Jururunding di peringkat tempatan atau
kebangsaan pula boleh dijadikan penasihat luaran kepada hal-hal yang berkaitan
dengan perkembangan perkhidmatan perpustakaan.
3.2 Peranan Pustakawan Sekolah
Peranan penting pustakawan adalah menyokong misi dan tujuan perpustakaan
sekolah, membangunkan perpustakaan serta melakukan penilaian. Beliau juga perlu
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 18
bekerjasama dengan pengurusan atasan, pentadbir dan guru. Pustakawan juga perlu
terlibat dalam pelan pembangunan dan pelaksanaan kurikulum. Pustakawan
mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyediakan maklumat dan berkebolehan
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan maklumat. Beliau juga mempunyai
kepakaran dalam menggunakan pelbagai jenis sumber bercetak dan elektronik.
Kepakaran dan pengetahuan yang mereka miliki memenuhi kehendak khusus
masyarakat sekolah. Beliau perlu juga mengetuai kempen membaca dan
menganjurkan promosi mengenai kesusasteraan kanak-kanak, media dan budaya.
Sokongan daripada pengurusan sekolah adalah penting jika perpustakaan hendak
melaksanakan aktiviti di antara disiplin. Pustakawan mestilah bertanggungjawab
terus kepada Guru Besar atau Penolong Guru Besar. Adalah amat penting
pustakawan diterima setaraf dengan kakitangan profesional lain dan berhak terlibat
dalam kerja kerja kumpulan serta mesyuarat sebagai ketua jabatan perpustakaan.
Pustakawan perlu mewujudkan suasana pembelajaran dan istirehat yang menarik,
mesra dan mudah diakses oleh semua tanpa mempunyai perasaan takut atau
prasangka. Semua kakitangan perpustakaan mesti mempunyai hubungan yang baik
dengan kanak-kanak, remaja dan dewasa.
3.3 Peranan Pembantu Perpustakaan
Pembantu perpustakaan bertanggung jawab kepada pustakawan dan membantu dalam
menjalankan semua fungsi perpustakaan sekolah. Jawatan ini memerlukan
pengetahuan perkeranian dan kemahiran teknologi. Pembantu perpustakaan perlu
mempunyai latihan asas dalam bidang perpustakaan. Jika pembantu tidak mempunyai
kemahiran dalam menyelenggarakan perpustakaan, perpustakaan perlu melatihnya.
Antara tugas dan tanggungjawab pembantu perpustakaan adalah melaksanakan fungsi
harian perpustakaan, menyusun buku, pinjaman dan pemulangan, serta memproses
bahan perpustakaan.
3.4 Kerjasama di antara Guru dan Pustakawan Sekolah
Kerjasama di antara guru dan pustakawan sekolah adalah amat penting untuk
memastikan perkhidmatan perpustakaan yang maksima.
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 19
Guru dan pustakawan perlu bekerjasama untuk mencapai aspek-aspek berikut:
• Membangun, melaksana, mengarah dan menilai pembelajaran pelajar
merentasi kurikulum
• Mengembangkan dan menilai kemahiran pengetahuan maklumat pelajar
• Membangunkan perancangan pembelajaran
• Menyedia dan melaksanakan projek tertentu yang perlu dilakukan dalam
keadaan pembelajaran tambahan, termasuk perpustakaan
• Menyedia dan melaksanakan program membaca dan acara kebudayaan
• Mengabungkan teknologi maklumat dengan kurikulum
• Menerangkan kepentingan perpustakaan sekolah kepada ibu bapa
3.5 Kemahiran Kakitangan Perpustakaan
Perpustakaan sekolah berperanan menyediakan perkhidmatan untuk masyarakat
sekolah samada pelajar, guru, pentadbir, kaunselor dan ibu bapa. Semua kumpulan
ini memerlukan kemahiran komunikasi dan kemahiran bekerjasama. Pengguna utama
perpustakaan adalah pelajar dan guru tetapi profesional seperti pentadbir dan
kaunselor juga merupakan pengguna perpustakaan.
Kualiti dan kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh kakitangan perpustakaan adalah
seperti berikut:
• Berkebolehan berkomunikasi secara positif dan terbuka dengan kanak-kanak
dan dewasa
• Berkebolehan memahami keperluan pengguna
• Berkebolehan bekerjasama dengan individu dan kumpulan dalam dan luar
masyarakat sekolah
• Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai kebudayaan yang berbagai
• Mempunyai pengetahuan mengenai kaedah pembelajaran dan teori pendidikan
• Mempunyai pengetahuan mengenai kemahiran maklumat dan penggunaan
maklumat
• Mempunyai pengetahuan mengenai sumber bahan yang terdapat di
perpustakaan dan bagaimana mengaksesnya
• Mempunyai pengetahuan mengenai kesusasteraan kanak-kanak, media dan
kebudayaan
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 20
• Mempunyai pengetahuan dan kemahiran pengurusan dan pemasaran
• Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat
3.6 Tugas Pustakawan Sekolah
Pustakawan sekolah dikehendaki melaksanakan kerja-kerja berikut:
• Menganalisis sumber dan keperluan maklumat masyarakat sekolah
• Merumus dan melaksanakan polisi untuk perkembangan perkhidmatan
• Mengubal polisi perolehan dan sistem untuk sumber perpustakaan
• Mengkatalog dan mengklasifikasi bahan perpustakaan
• Mengajar cara penggunaan perpustakaan
• Mengajar kemahiran maklumat dan pengetahuan
• Membantu pelajar dan guru dalam penggunaan sumber perpustakaan dan
teknologi maklumat
• Menjawab pertanyaan rujukan dan maklumat dengan menggunakan bahan
yang bersesuaian
• Mengalakkan program membaca dan kebudayaan
• Melibatkan diri dalam perancangan aktiviti yang berkaitan dengan
perlaksanaan kurikulum
• Melibatkan diri dalam penyediaan, perlaksanaan dan penilaian aktiviti
pembelajaran
• Mengalakkan penilaian perkhidmatan perpustakaan sebagai sebahagian dari
penilaian sistem persekolahan
• Mewujudkan kerjasama dengan organisasi luaran
• Menyedia dan melaksanakan belanjawan
• Merekabentuk perancangan strategik
• Mengurus dan melatih kakitangan perpustakaan
3.7 Piawaian Etika
Kakitangan perpustakaan sekolah mempunyai tanggung jawab mematuhi piawaian
dan etika yang tinggi semasa melayan masyarakat sekolah. Semua pengguna mesti
dilayan dengan adil tanpa mengambil kira kebolehan dan latar belakang pengguna.
Perkhidmatan yang ditawarkan mesti disesuaikan dengan keperluan pengguna.
Untuk mengukuhkan peranan perpustakaan, sebagai tempat yang mempunyai suasana
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 21
terbuka dan selamat, kakitangan perpustakaan mesti menegaskan bahawa fungsi
mereka adalah sebagai penasihat dan bukan sebagai pengajar seperti yang diamalkan
secara tradisi. Oleh itu, aspek yang paling penting dan utama adalah kakitangan
perpustakaan mesti memahami dari perspektif pengguna dan tidak dipengaruhi oleh
sikap, sifat serta perasaan prasangka dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan.
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 22
BAB 4 – PROGRAM DAN AKTIVITI
“Perpustakaan sekolah adalah keperluan didalam proses pendidikan”.
4.1 Program
Di dalam kurikulum kebangsaan dan program perkembangan pendidikan diperingkat
nasional, perpustakaan sekolah dianggap penting untuk memenuhi cita-cita dan
matlamat berikut:
• Literasi maklumat diwujudkan untuk semua dan digunakan secara beransuransur
dalam sistem persekolahan
• Sumber maklumat disediakan untuk semua pelajar disetiap tahap pendidikan
• Terdapat penyebaran maklumat dan pengetahuan secara terbuka untuk semua
kumpulan pelajar bagi memastikan demokrasi dan hak kebebasan manusia
diterapkan .
Program khas untuk perkembangan perpustakaan sekolah di peringkat kebangsaan
dan tempatan perlu direkabentuk dan diwujudkan. Program yang diadakan perlu
mempunyai tujuan dan kesan yang berbeza bersesuaian dengan konteks
perlaksanaannya. Berikut adalah contoh tindakan-tindakan tersebut:
• Membangun dan menerbitkan piawaian dan garis panduan kebangsaan dan
tempatan untuk perpustakaan sekolah
• Menyediakan model perpustakaan yang mempamerkan aktiviti-aktiviti dan
amalan yang terbaik
• Mewujudkan jawatan kuasa perpustakaan sekolah diperingkat kebangsaan dan
tempatan
• Merekabentuk kerangka kerja rasmi untuk kerjasama diantara perpustakaan
sekolah dan perpustakaan awam diperingkat tempatan dan kebangsaan
• Mewujud dan menawarkan program latihan profesional untuk perpustakaan
sekolah
• Menyediakan kewangan untuk projek perpustakaan sekolah seperti kempen
membaca
• Memula dan membiayai projek penyelidikan berkaitan dengan aktiviti dan
perkembangan perpustakaan sekolah
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 23
4.2 Kerjasama dan Perkongsian Sumber dengan Perpustakaan Awam
Kerjasama diantara perpustakaan sekolah dan awam perlu diwujudkan di sesebuah
komuniti untuk memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan perpustakaan untuk
kanak-kanak dan remaja. Perjanjian kerjasama bertulis mestilah meliputi aspek-aspek
berikut:
• Asas kerjsama yang dipersetujui
• Spesifikasi dan definisi bidang kerjasama
• Penjelasan mengenai implikasi dan perkongsian kos
• Jadual dan jangka waktu kerjasama
Contoh-contoh kerjasama yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
• Perkongsian latihan kakitangan
• Bekerjasama dalam pembangunan koleksi
• Bekerjasama merancang program
• Mengkordinasi perkhidmatan elektronik dan rangkaian elektronik
• Bekerjasama dalam membangunkan alat pengajaran dan pendidikan pengguna
• Lawatan kelas ke perpustakaan awam
• Promosi bersama mengenai pembacaan dan literasi
• Promosi bersama pemasaran perkhidmatan kepada kanak-kanak dan remaja
4.3 Aktiviti diperingkat Sekolah
Aktiviti perpustakaan sekolah mestilah meluas, kerana perpustakaan memainkan
peranan utama untuk mencapai misi dan visi sekolah. Aktiviti mesti bertujuan untuk
menawarkan perkhidmatan kepada pengguna yang berpotensi dikalangan masyarakat
sekolah dan memenuhi kehendak tertentu kumpulan sasar yang berbeza.
Program dan aktiviti perlu direkabentuk bersama dengan:
• Pengetua/Guru Besar
• Ketua ketua Jabatan
• Guru-guru
• Kakitangan sokongan
• Pelajar-pelajar
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 24
Kepuasan pengguna akan bergantung kepada kebolehan perpustakaan sekolah
mengenal pasti kehendak dan keperluan individu dan kumpulan serta berkebolehan
mengada dan memperkembangkan perkhidmatan yang menepati perubahan kehendak
dan cita rasa masyarakat sekolah.
Pengetua dan Perpustakaan Sekolah
Pengetua sebagai ketua pengajar dan individu penting disekolah dan bertanggung
jawab menyediakan kerangka kerja dan suasana untuk pelaksanaan kurikulum perlu
mengiktiraf kepentingan perkhidmatan perpustakaan yang berkesan dan
menggalakkan penggunaanya.
Kerjasama diantara Pengetua dengan perpustakaan diperlukan untuk melakar pelan
pembangunan sekolah terutama untuk program literasi maklumat dan promosi
pembacaan. Apabila program hendak dilaksanakan, Pengetua perlu memastikan
jadual waktu yang anjal supaya guru dan pelajar boleh menggunakan sumber-sumber
diperpustakaan dan mengakses perkhidmatan yang terdapat.
Pengetua perlu memastikan adanya kerjasama di antara guru dan kaki tangan
perpustakaan. Beliau perlu menentukan pustakawan sekolah terlibat di dalam
pengajaran, perancangan kurikulum, pembangunan staf secara berterusan, pentaksiran
dan program penilain pembelajaran pelajar.
Di dalam penilaian sekolah, Pengetua perlu menggabungkan penilaian perpustakaan
(lihat Bab 1), dan menegahkan pentingnya sumbangan perpustakaan yang kukuh
untuk mencapai piawaian pendidikan.
Ketua Jabatan dan Perpustakaan Sekolah
Sebagai individu penting yang bertanggung jawab terhadap aktiviti profesional,
setiap Ketua Jabatan mesti bekerjasama dengan perpustakaan untuk menentukan
sumber dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah pelbagai supaya ia merangkumi
keperluan tertentu setiap jabatan.
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 25
Seperti Pengetua, Ketua Jabatan perlu terlibat dalam perancangan perpustakaan dan
memberi tumpuan kepada perpustakaan sebagai bahagian penting untuk pembelajaran
dan pusat pembelajaran.
Guru dan Perpustakaan
Kerjasama di antara guru dan pustakawan telah dibincangkan dalam Seksyen 3.4.
Bagaimanapun beberapa aspek perlu diperjelaskan.
Falsafah pendidikan yang dimiliki oleh guru akan menjadi idealogi asas kepada
pemilihan kaedah pengajaran. Kaedah tradisional yang menggunakan pendekatan
buku teks sebagai sumber penting pembelajaran menganggap perpustakaan sekolah
tidak berperanan dalam proses pembelajaran. Jika digabungkan anggapan ini dengan
pendekatan bilek darjah tertutup dan kawalan ketat aktiviti pembelajaran, peranan
perpustakaan sebagai sumber sokongan maklumat akan terus lenyap dalam pemikiran
guru. Jika ramai guru memilih idealogi pengajaran secara bank, dan menganggap
pelajar sebagai stor pasif yang perlu diisi dengan pemindahan pengetahuan tertentu,
perpustakaan sekolah boleh masih boleh berperanan sebagai perkhidmatan sokongan
kepada kurikulum. Strategi berguna untuk tujuan kerjasama ini adalah
menggabungkan idealogi yang telah dibincangkan dengan mempromosi perkhidmatan
perpustakaan tertutamanya kepada guru-guru. Promosi ini mesti menerangkan
perkara-perkara berikut;
• Kebolehan dan berkemampuan menyediakan sumber untuk guru meluaskan
pengetahuan dalam bidang tertentu dan memperbaiki kaedah pengajaran
• Kebolehan menyediakan pelbagai sumber untuk penilaian dan pengukuran
• Kebolehan menjadi rakan kongsi atau rakan sekerja untuk merancang aktiviti
bilik darjah
• Kebolehan untuk membantu guru mengatasi suasana bilik darjah yang
berbagai dengan menganjurkan perkhidmatan tertentu bagi mereka yang
memerlukan sokongan dan galakan yang lebih
• Perpustakaan merupakan laluan antarabangsa untuk perkhidmatan pinjaman
antara perpustakaan dan rangkaian elektronik.
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 26
Guru yang mempunyai pemikiran progresif dan terbuka lebih berminat untuk
menggunakan perpustakaan. Selain dari fungsi dan kemungkinan yang dinyatakan
diatas, mereka akan mengiktiraf perpustakaan sebagai tempat pengajaran dan beransur
dari konsep pembelajaran tradisi. Untuk menggalakkan pelajar aktif dalam proses
pembelajaran dan mengembangkan kemahiran kendiri, guru boleh bekerjasama
dengan perpustakaan dalam bidang-bidang berikut:
• Literasi maklumat dengan memperkembangkan konsep “jiwa bertanya” dan
mendidik pelajar menjadi kritikal dan pengguna maklumat yang kreatif
• Kerja projek dan latihan
• Melaksanakan motivasi membaca dengan pelajar di semua peringkat individu
dan kumpulan
Pelajar dan Perpustakaan
Pelajar adalah kumpulan sasaran utama perpustakaan sekolah. Kerjasama dengan
komuniti lain adalah penting untuk memenuhi keperluan pelajar.
Pelajar boleh menggunakan perpustakaan untuk tujuan yang berbeza. Perpustakaan
mesti memberi pengelaman suasana pembelajaran yang terbuka, bebas dan tanpa
gangguan kepada pelajar, dimana mereka boleh melakukan kerja yang berbagai secara
individu dan kumpulan.
Aktiviti pelajar diperpustakaan adalah seperti berikut:
• Kerja sekolah tradisi
• Kerja projek dan tugas penyelesaian maklumat
• Pencarian dan penggunaan maklumat
• Penghasilan portfolio dan bahan untuk dibentangkan kepada guru dan rakan
sekelas
Penggunaan Internet
Sumber elektronik baru merupakan cabaran kepada semua pengguna perpustakaan.
Menggunakannya boleh mengelirukan. Pustakawan boleh membantu dengan
menunjukkan bahawa sumber-sumber ini adalah alat dalam proses pembelajaran dan
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 27
pengajaran. Ia berfungsi sebagai alat penyelesaian dan bukan penyelesaian itu
sendiri.
Pengguna perpustakaan menjadi hampa apabila masalah maklumat tidak dapat
diselesaikan dengan menggunakan internet. Mereka beranggapan bahawa dengan
menggunakan internet, masalah maklumat dapat diselesaikan. Hal ini adalah
berlainan. Pustakawan dapat membantu pengguna menggunakan internet dan
meringankan kehampaan mereka dengan hasil pencarian maklumat. Apa yang penting
ialah memilih maklumat yang berkaitan dan berkualiti dengan menggunakan internet
dalam masa yang paling singkat. Pelajar perlu secara beransur-ansur mempunyai
kebolehan untuk menentu, mensintesis dan menggabungkan maklumat dan
pengetahuan baru daripada semua bidang melalui koleksi sedia ada. Untuk memula
dan melaksanakan program literasi maklumat merupakan tugas yang amat penting
untuk perpustakaan. (lihat seksyen: “Guru dan perpustakaan” untuk keterangan
selanjutnya)
Fungsi Pembudayaan Perpustakaan Sekolah
Perpustakaan secara tidak rasmi mempunyai persekitaran yang estetik dan suasana
yang merangsangkan pembudayaan dengan adanya pelbagai sumber seperti jurnal,
novel, penerbitan dan alat pandang dengar.
Perpustakaan boleh menganjurkan acara tertentu seperti pameran, lawatan penulis dan
Hari Literasi Antarabangsa. Jika ruang mencukupi pelajar boleh mengadakan
persembahan kesusteraaan untuk ibu bapa dan pelajar lain dan pustakawan boleh
menganjurkan acara ulasan buku dan sesi becerita untuk pelajar remaja. Pustakawan
juga perlu menggalakkan minat membaca dan menganjurkan program promosi
membaca untuk menghargai kesusasteraan. Aktiviti galakan membaca melibatkan
aspek pembudayaan dan pembelajaran. Terdapat hubungan terus diantara tahap
pembacaan dan hasil pembelajaran. Pustakawan perlu pragmatik dan anjal dalam
pendekatan mereka dengan menyediakan bahan bacaan, memberi keutamaan kepada
keperluan individu serta menghargai hak individu. Dengan membaca bahan
kesusasteraan fiksyen dan bukan fiksyen yang bersesuaian dengan keperluan dan
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 28
tahap pelajar akan dapat membantu proses sosialisasi dan pembangunan identiti
mereka.
Kerjasama dengan Ibu Bapa
Tradisi melibatkan ibu bapa dan penjaga dalam aktiviti sekolah berbeza disetiap
negara. Perpustakaan boleh memberi peluang kepada ibu bapa untuk terlibat dalam
aktiviti sekolah. Sebagai sukarelawan mereka dapat membantu dalam tugas amali dan
menyokong kakitangan perpustakaan. Mereka juga boleh terlibat dalam program
galakan membaca sebagai pengalak aktiviti membaca anak-anak dirumah. Mereka
juga boleh terlibat dalam kumpulan perbincangan kesusasteraan dengan anak-anak
mereka dan menyumbung kepada pembelajaran ‘penguasaan/mastery’ iaitu hasil
daripada aktiviti pembacaan.
Cara lain yang boleh melibatkan ibu bapa ialah dengan mewujudkan kumpulan rakan
perpustakaan. Kumpulan begini boleh menyediakan kewangan tambahan untuk
aktiviti perpustakaan sekolah dan dapat membantu perpustakaan menganjurkan acara
kebudayaan yang memerlukan sumber lebih daripada kewangan perpustakaan yang
sedia ada.
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 29
BAB 5 – PROMOSI PERPUSTAKAAN DAN PEMBELAJARAN
5.1 Promosi
Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan sekolah hendaklah
dipromosikan secara aktif supaya kumpulan sasar sedar akan kepentingan
perpustakaan sekolah sebagai rakan kongsi dalam proses pembelajaran, dan sebagai
laluan kepada pelbagai sumber maklumat. Kumpulan sasar adalah seperti yang telah
dinyatakan dalam beberapa bab sebelum ini. Mereka adalah Pengetua, kumpulan
pengurusan sekolah, ketua-ketua jabatan, guru-guru, pelajar-pelajar, pentadbir dan ibu
bapa. Adalah penting setiap kegiatan promosi disesuaikan dengan latar belakang
sekolah dan kumpulan sasar yang pelbagai.
5.2 Polisi Pemasaran
Perpustakaan sekolah perlu mempunyai polisi bertulis mengenai pemasaran dan
promosi. Polisi tersebut akan menerangkan mengenai objektif dan strategi. Ia perlu
digubal dengan kerjasama pengurusan sekolah dan tenaga pengajar.
Dokumen polisi perlu mengandungi elemen-elemen berikut:
• Objektif dan strategi
• Pelan tindakan yang akan memastikan objektif tercapai
• Kaedah penilaian
Tindakan yang diperlukan adalah berbeza mengikut tujuan dan keadaan tempatan.
Beberapa isu penting seperti berikut adalah sebagai penerangan:
• Mewujud dan melaksanakan laman web sekolah yang dapat mempromosikan
perkhidmatan serta menghubungkannya dengan laman web dan portal yang
berkaitan
• Mengadakan pameran
• Menghasilkan penerbitan yang mengandungi maklumat seperti waktu
pembukaan, perkhidmatan dan koleksi
• Menyediakan dan menyebarkan senarai sumber bahan dan risalah berkaitan
dengan kurikulum, serta topik yang merintasi kurikulum
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 30
• Menerangkan mengenai perpustakaan semasa perjumpaan dengan pelajar baru
dan ibu bapa
• Membentuk kumpulan ‘rakan perpustakaan’ di kalangan ibu bapa dan lainlain
• Menganjurkan pameran buku, kempen membaca dan literasi
• Menyediakan tanda arah yang berkesan didalam dan diluar perpustakaan
• Mewujudkan hubungan dengan organisasi yang berkaitan (Contohnya:
perpustakaan awam, muzium dan pertubuhan sejarah setempat)
Pelan tindakan perlu dinilai, dikaji, dan disemak semula setiap tahun. Manakala
keseluruhan polisi perlu dibincangkan sekurang-kurangnya dua tahun sekali.
5.3 Pendidikan Pengguna
Kursus dan program perpustakaan yang bertujuan untuk mengajar pelajar dan guru
mengenai perpustakaan merupakan alat pemasaran yang amat berkesan. Untuk tujuan
ini adalah penting kursus-kursus direka dengan sebaik mungkin, dan merangkumi
aspek yang luas dan seimbang.
Disebabkan program program ini memainkan peranan penting ia adalah wajar
dibincangkan dalam Bab 4. Manakala pemasaran mengenai pelbagai program
pendidikan pengguna adalah penting dan amat sesuai dibincangan dalam bab ini.
Kursus-kursus yang direka khas untuk guru perlu mempunyai panduan yang jelas
mengenai peranan perpustakaan dalam proses pembelajaran dan pengajaran, serta
sokongan yang boleh diperolehi oleh guru daripada kakitangan perpustakaan.
Kursus-kursus ini perlu menekankan latihan amali mengenai pencarian maklumat
yang berkaitan dengan matapelajaran yang diajar oleh guru-guru. Melalui
pengalaman mereka mencari sumber yang sesuai, kemungkinan mereka akan
memahami dengan mendalam cara perpustakaan dapat membantu kerja-kerja dibilik
darjah dan mengabungkannya dengan topik didalam kurikulum.
Seperti program pembelajaran lain, yang terdapat disekolah, pelbagai komponen yang
terdapat di dalam kursus ini mesti diajar secara turutan bagi memastikan kemajuan
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 31
dan kesinambungan pembelajaran pelajar. Ini bermakna kemahiran dan sumber mesti
diperkenalkan secara beransur-ansur mengikut tahap dan peringkat pelajar.
Pustakawan sekolah mempunyai tanggung jawab yang penting terhadap program
pendidikan pengguna dan perlu bekerjasama dengan guru untuk menghubungkan
komponen yang pelbagai sedekat mungkin dengan kurikulum. Guru sebagai
penasihat mesti sentiasa hadir ketika pelajar sedang menjalani program latihan
perpustakaan dan bekerjasama dengan pustakwan.
Di dalam kursus pendidikan pengguna terdapat tiga aspek utama pengajaran yang
perlu diambil perhatian:
• Pengetahuan mengenai perpustakaan; tujuan, jenis perkhidmatan yang
ditawarkan, susun atur dan sumber yang ada
• Kemahiran dalam pencarian maklumat dan rangsangan menggunakan
perpustakaan untuk projek pembelajaran formal dan tidak formal.
5.4 Model Kemahiran Belajar dan Program Literasi Maklumat
Falsafah
Pelajar celik maklumat adalah pelajar yang berkebolehan dan berdikari. Mereka sedar
akan keperluan maklumat dan berhubung aktif dengan dunia pemikiran. Mereka
yakin dengan kebolehan menyelesaikan masalah dan mengetahui mengenai
maklumat yang sesuai. Mereka mampu menggunakan peralatan teknologi untuk
mengakses maklumat dan berkomunikasi. Mereka boleh bekerja dengan selesa dalam
keadaan yang mempunyai pilihan jawapan serta keadaan yang tiada jawapan. Mereka
perlu menggunakan piawaian yang tinggi dalam tugasan yang dilakukan untuk
menghasilkan bahan berkualiti. Pelajar celik maklumat adalah anjal. Mereka boleh
menyesuaikan diri dengan perubahan dan boleh bekerja secara perseorangan dan
berkumpulan.
Panduan literasi maklumat menyediakan pelajar dengan proses pembelajaran yang
merentasi bidang yang bersifat akademik dan kehidupan sebenar. Panduan ini
menjurus kepada aspek seperti berikut:
• Pelajar membina erti atau maksud daripada maklumat
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 32
• Pelajar menghasilkan produk yang berkualiti
• Pelajar belajar secara berdikari
• Pelajar mengambil bahagian yang aktif sebagai ahli kumpulan kerja
• Pelajar menggunakan maklumat dan teknologi maklumat secara
bertanggungjawab dan beretika
Kemahiran belajar, yang boleh memastikan ‘falsafah’ ini diteruskan adalah seperti
berikut:
• Kemahiran belajar secara kendiri
• Kemahiran bekerjasama
• Kemahiran merancang
• Kemahiran mencari dan mengumpul
• Kemahiran memilih dan mentafsir
• Kemahiran menyusun dan merekod
• Kemahiran berhubung dan melaksana
• Penilaian
Kemahiran Belajar secara Kendiri
Kemahiran belajar kendiri adalah kritikal untuk perkembangan pembelajaran
sepanjang hayat. Pelajar kendiri perlu menentukan matlamat maklumat yang jelas
dan berusaha mencapai matlamat tersebut.
Mereka mampu menggunakan sumber media untuk mendapatkan maklumat dan
memenuhi keperluan peribadi, mencari jawapan kepada persoalan dengan mengambil
kira pelbagai perspektif dan menilai perbezaan pandangan. Mereka mampu meminta
pertolongan dan mengenali pengorganisasian dan struktur perpustakaan. Pustakawan
memainkan peranan sebagai rakan belajar, penasihat dan bukan mengajar pelajar
mengenai pembelajaran mereka.
Kemahiran Bekerjasama
Perpustakaan sekolah adalah tempat di mana perbezaan individu disatukan dengan
berbagai sumber dan teknologi. Apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, mereka
belajar untuk mempertahankan pendapat, dan mengkritik pendapat lain secara
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 33
konstruktif. Mereka memperakui perbezaan idea-idea dan menghormati latar
belakang dan cara pembelajaran orang lain. Seterusnya, mereka membantu
menghasilkan projek yang menggambarkan perbezaan individu dan mengabungkan
sumbangan individu untuk menghasilkan satu produk. Pustakawan boleh memainkan
peranan sebagai kaunselor kumpulan dan membantu pelajar sedaya yang mampu
apabila mereka menggunakan perpustakaan sebagai sumber untuk mencari bahan bagi
tujuan penyelesaian masalah.
Kemahiran Merancang
Kemahiran merancang merupakan prasyarat penting untuk apa jua kerja penyelidikan,
tugasan, projek, karangan atau topik. Pada peringkat permulaan proses pembelajaran,
aktiviti seperti sumbang saran, pembentukan soalan yang sesuai, dan mengenalpasti
kata kunci memerlukan kreativiti, dan latihan berterusan.
Pelajar yang mempunyai kemahiran merancang seharusnya boleh membina matlamat,
menentukan masalah yang perlu diselesaikan, dan mereka kaedah yang boleh
digunakan untuk tujuan tersebut. Pustakawan terlibat di dalam proses perancangan
seperti yang diperlukan oleh pelajar. Pustakawan dikehendaki menasihatkan mereka
mengenai sumber yang sedia ada, dan tugasan yang akan diberi, dan proses kerja..
Kemahiran Mencari dan Mengumpul
Mencari dan mengumpul maklumat adalah kemahiran asas yang di perlukan oleh
setiap pelajar supaya mereka dapat menguasai pencarian maklumat dan menjadi
pelajar kendiri. Kemahiran-kemahiran ini meliputi kefahaman mengenai turutan
nombor dan abjad, penggunakan pelbagai jenis alat pencarian maklumat seperti
pengkalan data komputer dan Internet. Kemahiran mencari ini perlu diperkukuhkan.
Kemahiran-kemahiran ini perlu dikaitkan dengan keseluruhan kurikulum dan terus
berkembang dalam konteks matapelajaran. Latihan kemahiran ini perlu meliputi
penggunaan indeks, sumber rujukan yang pelbagai, dan teknologi maklumat yang
sepenuhnya. Pelajar yang berkebolehan dan yang menguasai kemahiran-kemahiran
ini akan dapat menggabungkannya semasa melakukan kerja berkaitan dengan
penghasilan maklumat seperti tinjauan, temubual, uji kaji, pemerhatian, dan pengajian
sumber. Pustakawan perlu menggubal kursus yang berkaitan dengan kemahiran
pencarian dan pengumpulan maklumat dan boleh diubah suai bagi memenuhi
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 34
keperluan tertentu individu dan kumpulan. Semasa mereka bentuk kursus-kursus ini
kerjasama dengan guru perlu dilakukan. Dalam keadaan yang berbeza, latihan
mengenai kemahiran ini boleh mewakili aspek penting dalam pendidikan untuk
pengguna perpustakaan.
Kemahiran Memilih dan Menilai
Pelajar perlu membina kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran menilai.
Bersama dengan kemahiran yang dibincangkan diatas, kemahiran-kemahiran ini
adalah penting untuk memperolehi hasilan optima semasa menggunakan
perpustakaan.
Program yang direka untuk mempertingkatkan kemahiran kemahiran ini meliputi
latihan seperti berikut;
• Membentuk soalan-soalan yang sesuai
• Mengenalpasti sumber-sumber berkaitan
• Menggunakan pelbagai strategi
• Membina garis waktu yang sesuai
• Membuat keputusan beretika
Pustakawan mesti memberi tumpuan khusus membimbing pelajar mengenai cara
mendapatkan maklumat terkini, yang berkaitan serta berwibawa, dan dapat mengesan
maklumat yang tidak seimbang atau sahih. Sumber yang pelbagai perlu dirujuk,
dibandingkan, dan dinilai untuk memastikan hipotesis-hipotesis dan kesimpulan
dirumus berdasarkan pengetahuan asas yang luas. Pelajar yang berkebolehan akan
dapat mengenalpasti kriteria maklumat seperti berwibawa, lengkap, berformat dan
bersesuaian, sesuatu pandangan, kesahihan, dan ketepatan maklumat.
Kemahiran Menyusun dan Merekod
Konsep tradisi fungsi perpustakaan, adalah hanya menjurus kepada pengumpulan dan
pemilihan maklumat sahaja. Aspek penyusunan dan penggunaan maklumat tidak
ditekan dalam keadaan yang sama. Bagaimanapun, di perpustakaan sekolah,
kemahiran menyusun dan menggunakan maklumat adalah sama pentingnya dengan
kemahiran mengumpul dan memilih maklumat. Pustakawan perlu membantu pelajar
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 35
membina kemahiran kemahiran ini apabila mereka sedang melakukan tugasan dan
projek. Untuk tujuan ini, pustakawan mesti pakar mengenai format laporan projek,
dan perlu menasihati pelajar cara untuk menulis tajuk utama, bab dan bahan rujukan.
Seterusnya, pustakawan perlu membantu pelajar menguasai kemahiran lain seperti
membuat ringkasan, mengambil petikan dan menulis bibliografi dengan tepat dan
betul. Pelajar yang berkebolehan mesti mampu untuk mengambil nota, menyimpan
maklumat dan menyediakanya apabila diperlukan.
Kemahiran Berkomunikasi dan Pelaksanaan
Kemahiran mentafsir dan menggunakan maklumat semasa membuat projek dan
tugasan merupakan dua kemahiran pembelajaran yang sukar. Melalui kemahiran ini,
pelajar akan dapat mempamerkan kekukuhan fahaman mereka atau tidak mengenai
maklumat yang diperolehi. Kebolehan pelajar mengolah maklumat yang dikumpul
dan menjadikannya pengetahuan merupakan aktiviti yang sangat mencabar.
Pelajar yang berkebolehan mampu memproses maklumat seperti yang digariskan:
• Menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber
• Membuat andaian
• Membuat kesimpulan
• Membuat tafsiran
• Mengaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada
Seterusnya, pelajar yang berkebolehan mampu melakukan kemahiran berikut:
• Berkomunikasi dengan jelas
• Mencerminkan matlamat dan kriteria yang ditentukan
• Menunjukkan kemahiran penyampaian yang berkesan
Peranan pustakawan adalah untuk menasihat dan melatih pelajar di dalam aktivitiaktiviti
ini dan menyediakan perpustakaan dengan suasana pembelajaran yang sesuai
dengan peranan perpustakaan untuk membantu keperluan pelajar.
Kemahiran Menilai
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 36
Peringkat akhir projek pembelajaran ialah proses penilaian dan membuat keputusan.
Adalah amat penting pelajar berkebolehan melakukan pemikiran secara kritis tentang
segala usaha dan pencapaian mereka. Oleh itu, pelajar yang cekap mampu untuk
mencapai perkara perkara berikut:
• Menentukan hasil bahan adalah sama dengan rancangan awal dan menentukan
produk telah mencapai tujuannya
• Menentukan kekuatan dan kelemahan projek pembelajaran
• Mencerminkan peningkatan dan pembaikan untuk tugasan akan datang
Pustakawan bersama guru mesti terlibat dalam proses penilaian untuk dua tujuan.
Pertama, adalah untuk mengetahui bagaimana perpustakaan mampu memenuhi
keperluan pengguna. Kedua, adalah untuk mengetahui bagaimana perpustakaan boleh
berfungsi sebagai rakan belajar yang aktif dan boleh menyumbang dan membantu ke
arah perhubungan baik di antara proses pembelajaran dan penghasilan bahan.
Di kebanyakan negara, kerajaan tempatan dan perpustakaan sekolah telah berjaya
mengadakan rancangan pendidikan pengguna yang berjaya. Sesetengahnya boleh
didapati dari internet.
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 37
RUJUKAN
Senarai rujukan berpilih
American Association of School Librarians, Information power: guidelines for school library
media programs. ACET, 1988.
Australian School Library Association at www.asla.org.au/policy.htm
Policy statements on:
- Information literacy
- Electronic information literacy
- Resource based learning and the curriculum
- Resource provision
- Teacher librarian qualifications
- School library resource centre funding
- School library bill of rights
Canadian School Library Association, A Position Statement on Effective School Library
Programs in Canada. www.cla.ca/divisions/csla/pub_3.htm
Convention of Scottish Local Authorities, Standards for school library services in Scotland.
COSLA, 1999. ISBN 1872794467
Hannesdóttir, Sigrún Klara (ed), School librarians: Guidelines for Competency
Requirements. IFLA, 1995. ISBN 9070916576
Haycock, Ken & Blanche Woolls. School librarianship: International perspectives & issues.
Hi Willow Research & Publishing/ IASL, 1997. ISBN 1 89086 122 7
IFLA/UNESCO The school library manifesto: the school library in teaching and learning for
all. IFLA, 2000
www.ifla.org/VII/s11/pubs/manifest.htm
www.ifla.org/VII/s8?unesco/eng.htm
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO 38
Library Association of Ireland, Policy Statement on School Library Services, 1996.
www.libraryassociation.ie/policy/schools.htm
Library Services for Education, Central to excellence: guidelines for effective school
libraries. Leicestershire County Council, 2002. ISBN 0850224403
LISC Guidelines –second edition forthcoming. www.liscni.co.uk
The Primary school library guidelines. Library Association, 2000. ISBN 0953740404
School libraries: guidelines for good practice. Library Association of Ireland, 1994. ISBN
0946037248
School Library Standards and Evaluation: list of American websites at
www.sldirectory.com/libsf/resf/evaluate.html
Scottish Library Association et al, Taking a closer look at the school library resource
centre:self-evaluation using performance indicators.1999.
www.slainte.org.uk/Slicpubs/schoolpis.pdf
South Africa, Department of Education. A National Policy Framework for School Library
Standards, July 1997.
http://education.pwv.gov.za/teli2/policydocuments/library1.htm
Stripling, Barbara K. Learning and libraries in an information age: Principles & practice.
Libraries Unlimited, 1999. ISBN 1 56308 666 2
Tilke, Anthony (ed), Library Association guidelines for secondary school libraries. Library
Association, 1998. ISBN 1856042782
National Library Associations are good sources of further information.

Tidak ada komentar: